Thursday, March 3, 2011

Kencing Manis Ketika Mengandung <-----melalui pengalaman

Time buntin dengan irfan kandungan dalam 7 bulan kenak kencing manis....sebab berat tek ada tanda2 keluar sik pande bait2.....

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal. Time buntin tok dinamakan diabetes gestasi.
bersifat sementara atau terus ada penyakit tok selepas mengandung....

PUNCA
Kencing Manis tok terjadi bila sistem badan terhadap insulin sik teratur, samaada dari segi pembuatan atau penggunaanya(makan minum kita lamak2 tok) apabila sik betol makan minum kita tek berlebihan paras gula kita akan meningkat dan tok dipanggil hiperglisemia.

Time buntin, hormon nak dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin terjadi. Kita boleh mendapat diabetes gestasi walaupun sik ada risiko yang dikenal pasti. Tapi selalunya kencing manis yang terjadi semasa mengandung hilang selepas beranak. TAPI, RISIKO UNTUK MENDAPAT KENCING MANIS PADA MASA HADAPAN ADALAH TINGGI....

Sekiranya sapa2 pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, ingat padah dengan doktor atau jururawat yang ditemui. Nang patut diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

MASALAH KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Keperatusan tinggi beranak CEASER..

Permasalahan yang mungkin akan dihadapi sekiranya sapa2 mengandung berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. SAPA2 mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila Ibu-Ibu mengandung menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital.

Ibu-Ibu Mengandung akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Ibu-Ibu Mengandung juak akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa sidak makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, Ibu-Ibu mengandung akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya Ibu-Ibu Mengandung sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, SAPA2 dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

PEMAKANAN

Time buntin ngan irfan..makanan terpaksa bersekat..
Buah terpaksa kurang dimakan..gula tinggi juak (tp makan juak)
apa yang mendadak tinggi gula pas makan ialah Rojak kuche...(dgr jak doktor ngerepak)..hahahahah
tiap kali bercek nang terpaksa posa makan segala2 nya berposa...hahahaha
dah pulang klinik ngentam mena2.....uhuhuhuhu....

PERAWATAN

Bait nasib time buntin irfan sik disuruh pake insulin..mun sik tiap2 ari2 tiap2 jam nyucuk insulin kat badan...tapi alhamdulillah sik da kenak benda2 macam ya...

salah satu merawat juak berjalan2 bersenam2 suma ya perlu juak....

PENJAGAAN KANDUNGAN

Mun diikut time trismester pertama, ujian darah khas macam darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, sebab ujian tok meramal sama da janin ya cacat atau sik. BUkan ya jak pemeriksaan ultra sound pada minggu 18-20 nak diat sihat atau sik janin..selain ya temujanji nang selalu kerap la bertemu ngan doktor..kira dalam pemerhatian la kes2 macam tok

KELAHIRAN

sekiranya tahap gula stabil saiz baby sik kan besar dan akan lahir secara normal la kebiasaanya..

Selain ya proses kelahiran, pengawasan gula darah dan paras elektrolit lain diawasi teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

PENJAGAAN SEMASA MENGANDUNG

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk ibu yang bok beranak meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Ibu-ibu yang dah beranak boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawasan berat badan
TIDAK DIGALAKKAN MENURUNKAN BERAT BADAN ATAU BERDIET TERLAMPAU SEMASA TEMPOH MENGANDUNG. SELEPAS BERANAK, BOLEHLAH MENERUSKAN AGENDA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN BERSENAM SERTA CARA PEMAKANAN YANG BETUL. PERLU DIINGAT YANG PIHAK IBU MEMERLUKAN TENAGA YANG LEBIH UNTUK MENJAGA BAYI KESAYANGAN YANG BARU JAK LAHIR...

tapi nang bena la seperti nak dipadah atas ya..berat akan nait dalam 4kg seminggu...pemakanan sebelum bercek nang perlu la sik makan...tp pasya bolehlah makan...

2 comments:

  1. TQ for the info!!! kmk nang takut kmk kenak kencing manis juak knektok. kmk gemok gilak dah. sik brani kmk minum aek begula!!

    ReplyDelete
  2. hihihi..yah....kmk gia dolok..7bulan gia bok disuruh doktor cek darah..yalah mala bercek gula lam darah mek...berbeli mek alat ya...

    ReplyDelete